Rabu, 13 Oktober 2010

AKTIVITI SEMASA

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010





14 Okt, Khamis - Peperiksaan Akhir Tahun sedang dijalankan pada masa kini. Peperiksaan bermula pada 12 Oktober sehingga 15 Oktober iaitu selama 4 hari. Jadual waktu mengawas semasa peperiksaan telahpun  diedarkan kepada semua guru. Tiada sebarang masalah timbul ketika peperiksaan sedang dijalankan.Pada hari Isnin mata pelajaran yang diuji ialah Bahasa Melayu kertas 1 & 2, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik. Manakala pada hari Selasa Matematik kertas 1 & 2, Pendidikan Sivik & Kenegaraan dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Dapa pada hari Rabu pula ialah Bahasa Inggeris kertas 1 & 2, Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral dan Kajian Tempatan. Dan untuk hari Rabu mata pelajaran Sains dan Jako Iban.



MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 


12 Sept, Selasa - Penubuhan ahli jawatankuasa untuk Majlis Merarau dan Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah telah diadakan yang di bilik guru pada pukul 0230 petang.Semua guru, Kakitangan sokongan serta semua pekerja swasta hadir pada mesyuarat tersebut.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Guru Besar dan Pnubuhan Ahli Jawatankuasa Majlis Penyampaian sijil & hadiah. Penerangan tentang tugas-tugas dijelaskan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  dan Penolong kanan kokurikulum.





MAJLIS MERARAU ZON ENGKILILI


09 Sept, Sabtu - Majlis Merarau Warga Pendidik Zon Engkilili telah diadakan di dewan sekolah SK Engkilili No.2. Patron yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut ialah YB Tuan William Nyalau ak Badak, P.203 Lubok Antu. Selain daripada itu YB Dr. Johnical Rayong ak Ngipa, Adun N.28 Engkilili juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada hari itu. Sekolah SK Engkilili telah dilantik untuk bahagian Perasmian dan Juruacara Majlis.






MESYUARAT AHLI EXCO PIBG KE-2 SESI 2010/2011 DAN IBU BAPA MURID TAHUN 6


08 Sept, Mesyuarat Ahli Exco PIBG  sesi 2010/2011 bersama ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan pada pukul 10.00 pagi yang bertempat di bilik kelas tahun 6 Cemerlang. Mesyuarat yang telah dipengerusi oleh YDP PIBG, Encik Melo ak Agan.  Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan penubuhan ahli jawatankuasa untuk Majlis Merarau serta Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah untuk murid Tahun 6 dan bekas murid Tahun 6 2009. Dan majlis tersebut akan diadakan pada 13 November 2010 yang bertempat di Dewan Masyarakat Daerah Lubok Antu.





PERTANDINGAN KARAOKE DALAM BAHASA MELAYU


07 Sept - Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Pertandingan Karaoke antara rumah sukan. Pertandingan itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan murid-murid. Walau bagaimanapun hanya 8 orang peserta daripada tahap 1 dan 2 dipilih ke peringkat akhir. Pertandingan tersebut telah diadakan selama 2 hari. Pertandingan Karaoke dalam Bahasa Melayu ini diadakan bersempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.  Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar. Aktiviti tersebut tamat padapukul 0430 petang.








SAMBUTAN RUMAH TERBUKA SEMPENA   HARI RAYA AIDILFITRI 
PERINGKAT SEKOLAH 2010


  
30 Sept, Khamis - Masjlis Sambutan Hari Raya Aidilifitri peringkat Sekolah Kebangsaan Engkilili No.1 telah pun diadakan  dengan meriahnya di dewan sekolah pada sebelah petang dengan kehadiran  jemputan yang terdiri daripada guru dan ahli exco PIBG sekolah
Majlis turut diserikan dengan kehadiran 2 orang jemputan dari Klinik Kesihatan Engkilili.